Jambatan Jalan Tongkang Pechah, persimpangan Bindu ditutup
Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim dalam satu kenyataan berkata, penutupan itu melibatkan kedua-dua arah dari pekan Tongkang Pechah dan dari bandar Batu Pahat.
Sehubungan dengan penutupan jalan terbabit, kenderaan dari arah Tongkang Pechah boleh menggunakan Jalan Bindu seterusnya ke Jalan Kluang untuk ke bandar Batu Pahat dan begitulah sebaliknya.
“Pihak polis amat berharap orang ramai dapat mematuhi arahan papan tanda yang diletakkan di lokasi penutupan serta PKP yang dikuatkuasakan sekarang ini,” katanya.
Sementara itu, Azhan turut memaklumkan bahawa pihaknya akan membuat pemantauan bersama Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) di Pasar Awam Batu Pahat dari semasa ke semasa.
Beliau berkata, pihaknya akan memperketatkan kawalan jika orang ramai masih tidak mematuhi nasihat pihak berkuasa dalam menjaga jarak dan memakai penutup hidung dan mulut semasa membeli di pasar awam terbabit.
Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan Pasar Awam Batu Pahat dipenuhi orang ramai yang tidak mematuhi arahan PKP yang dikeluarkan pihak berkuasa. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!