Sami noda remaja bawah umur akhirnya dicekup

Phra Sorasak Siripattho akhirnya ditangkap polis selepas 11 tahun bersembunyi.
Phra Sorasak Siripattho akhirnya ditangkap polis selepas 11 tahun bersembunyi.
A
A
A

BANGKOK - THAILAND. Seorang sami berusia 61 tahun yang dikehendaki polis kerana menyerang secara seksual seorang remaja perempuan berusia 14 tahun akhirnya ditangkap di sebuah kuil di daerah Bang Bua Thong, semalam.

Phra Sorasak Siripattho atau Sorasak Jainok bersembunyi selama 11 tahun dan gagal dikesan pihak berkuasa sejak mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya pada 1 Februari 2008.

Lelaki terbabit didakwa merogol mangsa yang juga pelajar di sebuah kuil di Ban Khai.

Kejadian itu berlaku pada 2007 dan difahamkan, hubungan seksual berkenaan atas kerelaan mangsa.

Polis berkata, sami berkenaan gagal dikesan kerana sering berpindah randah dari satu kuil ke kuil yang lain. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!