KKMM nafi tiga berita palsu

Kenyataan Pasukan Respons Pantas KKMM.
Kenyataan Pasukan Respons Pantas KKMM.
A
A
A

SHAH ALAM – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini menafikan tiga laporan berita palsu yang tular di media sosial berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pasukan Respons Pantas KKMM dalam satu kenyataan berkata, berita palsu itu termasuk beberapa tips kesihatan yang tular di laman sosial untuk mengalahkan koronavirus (Covid-19).

“Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan kesahihan beberapa tips kesihatan seperti memakan vitamin dan makanan tertentu, makanan beralkali dan minuman panas serta berjemur di bawah matahari untuk mengalahkan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu berkata, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan kesahihan satu aplikasi mudah alih bernama ‘Perdana Menteri Malaysia’ yang didakwa memberi maklumat mengenai bantuan Covid-19.

“Sebenarnya ia adalah palsu dan mempunyai kod hasad (malware),” katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah (JIM Sabah) menafikan dakwaan terdapat ‘orang dalam’ atau ‘bos imigresen telah memberi perlepasan khas kepada seorang penumpang sebuah syarikat penerbangan tempatan melalui Lapangan Terbang Tawau untuk pulang ke Semenanjung dalam tempoh PKP.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!