Penyewa DBKL akan terima bantuan RM100
KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah Inisiatif Wilayah Cakna akan memberikan sumbangan wang tunai RM100 kepada penyewa unit Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) DBKL.
Menerusi notis makluman di Facebook DBKL semalam, bantuan itu termasuk penyewa di Kompleks Belia dan Beliawanis, rumah panjang dan perumahan bandar.
Menurut kenyataan itu, bayaran akan disalurkan melalui akaun bank masing-masing secara berperingkat.
"Penghuni perlu mengemas kini maklumat di http://eperumahan.dbkl.gov.my dengan memasukkan kad pengenalan, akaun bank, nama bank, nombor telefon dan emel yang boleh dibuat bermula hari ini sehingga 15 Mei depan.
"Semakan status pembayaran boleh dibuat selepas tiga hingga tujuh hari bekerja selepas proses kemas kini," kata kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan dan aduan boleh dibuat melalui jpkkcovid19@gmail.com.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!