Enam gerabak tren kargo tergelincir

Enam geranak tren kargo tergelincir di Stesen Kereta Api Tanjung Malim namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Foto KTMB.
Enam geranak tren kargo tergelincir di Stesen Kereta Api Tanjung Malim namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Foto KTMB.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Enam gerabak tren kargo pelbagai muatan tergelincir ketika melalui Stesen Kereta Api Tanjung Malim kira-kira jam 6.55 pagi di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir Kamarulzaman Zainal berkata, tren kargo dengan 43 gerabak pelbagai muatan termasuk tekstil dan peralatan kejuruteraan itu dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang, Selangor ke Ipoh.

“Insiden kegelinciran itu telah mengakibatkan satu landasan terhalang.

“Bagaimanapun, perkhidmatan tren penumpang yang masih beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak terjejas ekoran insiden itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

“Semua agensi berkaitan termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) juga telah dimaklumkan.

“Siasatan juga telah dijalankan ke atas pemandu tren dan pembantunya yang terlibat dalam insiden itu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Enam gerabak tren kargo tergelincir ketika melalui Stesen Kereta Api Tanjung Malim hari ini. Foto: KTMB
Enam gerabak tren kargo tergelincir ketika melalui Stesen Kereta Api Tanjung Malim hari ini. Foto: KTMB

Kamarulzaman berkata, pihaknya sedang giat menjalankan kerja-kerja pengalihan gerabak ke lokasi yang lebih selamat.

”Ini bagi membolehkan kerja-kerja membaiki landasan dilakukan serta-merta.

”Selain itu, ia bagi memastikan operasi tren-tren penumpang tidak terjejas apabila beroperasi sepenuhnya selepas tempoh PKP nanti,” katanya.

Difahamkan kejadian itu menyebabkan Jalan Kampung Lambak menghala ke pekan Tanjung Malim ditutup sementara bagi kerja-kerja pengalihan selepas sebuah gerabak memasuki jalan itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!