Pilihan raya umum AS tetap diadakan 3 November: Trump

Donald Trump
Donald Trump
A
A
A

WASHINGTON - Pilihan raya umum Amerika Syarikat tetap dijangka diadakan pada 3 November, kata Presiden Donald Trump pada satu taklimat media, lapor agensi berita Sputnik.

"Pilihan raya umum akan diadakan pada 3 November," kata Trump pada Jumaat apabila ditanya sama ada pandemik koronavirus (Covid-19) akan menyebabkan pilihan raya ditangguhkan.

Trump berkata, beliau tidak bersetuju dengan kaedah pengundian secara pos dan mahu ia dijalankan di ruang pusat mengundi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!