Kes Covid-19 meningkat di Maghribi, Mesir
ISTANBUL - Pihak berkuasa kesihatan Maghribi dan Mesir pada Sabtu melaporkan kematian terbaru akibat koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Anadolu.
Maghribi setakat ini mencatatkan 47 kematian dan bilangan pesakit seramai 761 orang.
Sementara itu, 26 pesakit pulih menjadikan jumlah keseluruhan 57 orang.
Pegawai Mesir mengumumkan 120 kes baharu dicatatkan, meningkat sebanyak 985 manakala angka korban bertambah kepada 66 dengan lapan kematian.
Seramai 10 kakitangan kesihatan dijangkiti virus itu setakat ini, dengan seorang meninggal dunia.
Sejak pertama kali muncul di Wuhan, China, Disember lalu, Covid-19 kini menular ke sekurang-kurangnya 181 negara dan wilayah.
Data Johns Hopkins University di Amerika Syarikat menunjukkan jumlah jangkitan di seluruh dunia melepasi sejuta orang dengan hampir 60,000 kematian. Lebih 226,100 pesakit sembuh. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!