Kami mana ada duit, kata calon BN
CAMERON HIGHLANDS - Masuk hari keempat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands suasana semakin meriah dengan perang bendera.
Namun jika dibandingkan antara dua parti gergasi, biru dan merah, boleh dikatakan kawasan Parlimen ini lebih merah.
Tinjauan Sinar Harian mendapati BN masih belum menaikkan poster calon, Ramli Mohd Nor namun poster calon PH, M Manogaran sudah terpampang di sepanjang jalan dan premis.
Menurut Ramli, partinya tidak berduit kerana sudah menjadi pembangkang.
"Kami ini parti pembangkang mana ada duit nak buat (pasang poster) besar-besar.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Najib nak datang Cameron Highlands, ini kata calon PH... ]
"Kami tidak boleh guna harta kerajan, sekolah, dewan jadi perlahan-lahanlah.
Insya-ALLAH kalau ada peruntukan ada lah," katanya kepada pemberita.
Beliau sempat meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk di perkampungan Pos Terisu, hari ini.
Ketika ditanya hasil pertemuannya dengan penduduk di perkampungan Orang Asli itu, beliau akui ada menerima pelbagai jenis aduan.Saya lebih mendengar, saya memahami mereka.
"Merek mengadu soal jalan raya, pampasan dan beberapa masalah di sini. Insya-ALLAH perkara-perkara ini saya akan ketengahkan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!