Mekanisme baharu bantu penduduk terjejas

Pautan permohonan dalam talian ditutup dan digantikan dengan mekanisme baharu.
Pautan permohonan dalam talian ditutup dan digantikan dengan mekanisme baharu.
A
A
A

ALOR SETAR - Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga menggunakan mekanisme baharu permohonan Bantuan Rangsangan Ekonomi Kedah dengan pemohon menghubungi terus wakil pusat khidmat bagi menggantikan kaedah permohonan dalam talian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Derga, Tan Kok Yew berkata, timbul kekeliruan dan salah faham apabila borang permohonan di beberapa pautan tersebar di media sosial adalah untuk pemohon di seluruh Kedah.

"Susulan itu, kita menerima banyak pertanyaan berhubung bantuan tersebut termasuk daripada penduduk di DUN lain," katanya kepada pemberita.

Menurutnya, pihaknya menghentikan permohonan secara dalam talian melalui pautan berkenaan dan menggantikannya dengan mekanisme baharu yang ditetapkan demi membantu penduduk di tiga kawasan DUN Derga, Kota Darul Aman dan Sungai Tiang.

Kok Yew memberitahu, pemohon yang telah memohon bantuan melalui pautan berkenaan tidak perlu membuat permohonan baharu untuk mendapatkan bantuan secara sekali bayar (one-off) sebanyak RM300 itu.

Katanya, permohonan dibuat sebelum ini melalui pautan berkenaan akan terus diproses dan pemohon berkelayakan dan lulus permohonan akan menerima bantuan RM300 terbabit.

"Bagi yang pemohon berkelayakan di tiga DUN itu yang belum mengemukakan permohonan, mereka boleh menghubungi MPKK, Pusat Khidmat dan wakil mereka pada waktu pejabat ataupun WhatsApp ke talian 011-10551618 dengan memberi maklumat berkaitan,"katanya.

Katanya, antara wakil yang boleh dihubungi ialah Wong (012-4709627), Cat Teoh (016-3235368),Beh Poh Kheng (012-4996018), Lee Yeong Chuan (013-4389438) dan Pusat Khidmat Penyelaras DUN Sungai Tiang (019-5631188).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!