'Tak perlu pembelian panik, barang mencukupi'

Mukhriz (kiri) beramah mesra dengan ketua keluarga yang membeli barangan keperluan di pasaraya Mydin Alor Mengkudu.
Mukhriz (kiri) beramah mesra dengan ketua keluarga yang membeli barangan keperluan di pasaraya Mydin Alor Mengkudu.
A
A
A

ALOR SETAR - Ketua keluarga yang membeli barangan di pasar raya tidak perlu membuat pembelian panik kerana keperluan itu mencukupi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut menasihatkan supaya mereka membeli dalam keadaan tenang dan selesa.

"Gelagat ketua keluarga membeli barangan keperluan harian memang mencuit hati. Ada yang membawa senarai panjang barang yang dipesan isteri, ada yang kata membeli barang dapur adalah kerja 'orang perempuan' tetapi kini mereka terpaksa belajar. Ada yang kata macam 'treasure hunt',” katanya.

Mukhriz berkata demikian selepas meninjau operasi Pasaraya Mydin Alor Mengkudu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sambil beramah mesra bersama beberapa ketua keluarga yang membeli barang keperluan.

Mukhriz (dua, kanan) melihat barangan yang dibeli ketua keluarga ketika keluar rumah bagi mendapatkan bekalan di pasaraya.
Mukhriz (dua, kanan) melihat barangan yang dibeli ketua keluarga ketika keluar rumah bagi mendapatkan bekalan di pasaraya.

Beliau turut berpuas hati dengan semua pihak yang mengamalkan sikap berjaga-jaga dan mematuhi arahan Kementerian Kesihatan.

“Pada masa sama, setiap pasar raya yang beroperasi perlu mematuhi syarat khas PKP iaitu menasihatkan pelanggan memakai topeng muka sebelum dibenarkan masuk selain wajib diuji dengan alat mengukur haba,” katanya.

Mukhriz berkata, tinjauan mendapati pembeli dan pekerja pasar raya mematuhi jarak sosial, pelanggan ada had masa ketika membeli dan hanya bilangan tertentu sahaja dibenarkan berada di satu lorong.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pembelian barangan asas seperti beras, roti, telur dan ayam dihadkan bagi memastikan semua pelanggan dapat membeli dengan selesa dan tidak berlaku pembelian panik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!