Terkejut pusat kuarantin macam hotel

Gambar kiriman Twitter Akmal Hidayat.
Gambar kiriman Twitter Akmal Hidayat.
A
A
A

NILAI - Sebut sahaja pusat kuarantin pastinya kita membayangkan suasana di hospital yang penuh dengan mesin rawatan dan ubat-ubatan.

Bagaimanapun berbeza dengan pusat kuarantin yang dikongsi pengguna Twitter, Akmal Hidayat Sabri.

Akmal Hidayat Sabri memuat naik gambar Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Nilai yang menjadi pusat kuarantin dan dilengkapi pelbagai kemudahan di luar jangkaan.

Beberapa gambar memaparkan bilik di pusat kuarantin dilengkapi dengan pendingin hawa, katil bersaiz besar, wifi, televisyen dan tandas individu.

AKEPT dijadikan pusat kuarantin selama 14 hari bagi rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.

"Rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara akan ditempatkan di pusat kuarantin namun saya tidak pernah menjangkakan ia merupakan hotel percuma sepenuhnya dengan wifi percuma selama 14 hari.

"Rakyat Malaysia sentiasa dikenali dengan hospitaliti mereka.

"All are free. I am proud of this country," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Pengguna Twitter dengan nama Hafiz turut meninggalkan komen, "AKEPT at Nilai! What a good place for quarantine!'

"Ini dekat AKEPT, Nilai. Yup, comes with hotel standard facilities," kata Dr Izzat Suffian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!