Syukur, berebut-rebut 'rider' nak bantu kerja amal: Ebit Lew
SHAH ALAM - Nama Ustaz Ebit Lew sinonim dengan kerja-kerja amal membantu golongan yang kurang berkemampuan.
Terbaru, Ebit Lew berkongsi rasa syukurnya di Facebooknya kerana kerja amalnya mendapat bantuan 'rider' termasuk mereka yang bekerja dengan syarikat penghantar makanan untuk menghantar makanan kepada golongan yang memerlukan.
“Saya tanya siapa nak khidmat kerja amal. Berebut-rebut mereka sedia hantar makanan kepada yang memerlukan. Dah 3 hari mereka mulakan kerja ini,” kata Ebit Lew.
Melalui statusnya, Ebit Lew turut memberitahu, terdapat ribuan nama yang masih memerlukan bantuan
“1,500 nama lagi list nama sekitar Kuala Lumpur perlu bantuan. Ada 30 orang kurang upaya (OKU) kami jumpa yang betul-betul mengharapkan bantuan ketika ini. Dapat je beras dan barang dapur ini mereka menangis gembira,” tulisnya.
Mereka menggerakkan proses penghantaran bantuan tersebut dengan menggunakan 20 motosikal dan 3 kereta.
“Hebat semua anak muda ini. Ke sana sini hantar makanan. Mereka sebak gembira,” kata Ebit Lew.
RiderTerkesan sebak dengan adik grab, food panda, bungkusit, lalamove, dan semua rider-rider. Pejuang dan besar pahala mereka menunaikan hajat saudara. Khidmat besar nilainya disisi Allah. Saya tanya siapa nak khidmat kerja amal. Berebut-rebut mereka sedia untuk hantar makanan kepada yang memerlukan. Dah 3 hari mereka mulakan kerja ini. Hari ini 25 orang untuk bahagian hantar bekalan makanan ke pintu rumah. Beras dan barang dapur yang lain. 20 motor dan 3 kereta. Saya beri belanja untuk motor mereka minyak dll sehari. Walau mereka asal ingat niat beramal. Nama ada beribu perlukan bantuan. Doakan yerr.. Syukur Allah Ar Razak beri rezeki. Hebat semua anak muda ini. Ke sana sini hantar makanan. Mereka sebak gembira. Dengar pengalaman mereka mencari nama yang ditugaskan dan yang memerlukan. Ramai kirim salam pada saya. Ada yang terharu cepat sangat dapat. Katanya belum dapat mana-mana bantuan lagi. Dah habis makanan di rumah. Ada 30 oku kami jumpa yang betul-betul mengharapkan bantuan ketika ini. Dapat je beras dan barang dapur ini mereka menangis gembira. Saya tengok gambar dan mesej mereka menangis. 1500 nama lagi list nama sekitar kl perlu bantuan. Tadi sempat beri semangat membantu dan menunaikan hajat saudara Islam yang lain. Dan pesan jaga solat walau dimana dan apa keadaan. Begitu juga pesan pakai mask dan jaga jarak, senitizer dll. Kerja khidmat ini kerja cuci hati dan semua orang soleh suka memberi dan khidmat untuk manusia lain mudah. Terima kasih ya Allah. Saya doakan semua adik-adik kerja restoren atau driver kereta atau lori dan grab di luar sana. Allah berkati rezeki mereka dan jagakan mereka semua. Pertubuhan Kasih Umat Malaysia cimb 8603546376
Posted by Ebit Lew on Thursday, April 2, 2020
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Varian Covid-19 KP.3.1.1 dominan di AS ketika jangkitan terus meningkat
KKM keluarkan perincian semakan semula SOP Covid-19
KKM pantau peningkatan kes Covid-19 di Singapura
Kes Covid-19 di Pulau Pinang menurun
Ditipu 'pegawai kerajaan' RM13,000, pemilik restoran sedekah makanan ditempah
Steven Sim bantu tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah kepada Setiausaha Kerajaan Pahang
Thailand hormati keputusan Malaysia tutup pangkalan haram di sempadan