Polis cari individu tular rakaman suara ‘total lockdown'

Huzir
Huzir
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan berhubung rakaman suara yang tular di aplikasi WhatsApp mengenai berita palsu berkaitan ‘total lockdown’ dan ‘perintah berkurung’ selama 10 hari.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya mendapati rakaman suara seorang lelaki dan wanita itu telah tular sejak bulan lalu.

“Ia dipercayai telah menimbulkan kegusaran serta ‘panic buying’ di kalangan masyarakat,” katanya pada wawancara khas bersamanya di Bukit Aman, hari ini.

Huzir berkata, orang ramai yang mengenali individu berkenaan boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman, Superitendan Fazly Abd Rahman di talian 0123837676.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!