Pasar tani Seksyen 13 sepatutnya esok ditangguhkan: MB Selangor

Ciapan Amirudin di laman Twitternya berhubung pembatalan penganjuran pasar tani itu.
Ciapan Amirudin di laman Twitternya berhubung pembatalan penganjuran pasar tani itu.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mengambil keputusan untuk menangguhkan penganjuran pasar tani di pekarangan Stadium Shah Alam, Seksyen 13 yang sepatutnya bermula, esok.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan penganjuran itu pada mulanya dipersetujui setelah mengambil kira garis panduan ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Namun atas beberapa faktor keselamatan, saya ambil keputusan untuk tangguh (penganjuran pasar tani ini)," katanya menerusi ciapan di laman Twitter rasminya, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasar tani Shah Alam beroperasi Ahad ini

Sebelum ini, Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir Izham Hashim mengesahkan mengenai penganjuran pasar tani itu bermula, esok.

Katanya, MKN telah meluluskan penganjuran pasar tani di tapak itu namun dengan melibatkan kawalan keselamatan lebih ketat berbanding hari biasa.

Beliau berkata, selain berkunjung ke lokasi tapak pasar tani, orang ramai juga boleh menggunakan kaedah pembelian menerusi pandu lalu, penghantaran ke rumah atau pre-order.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!