'Chicken Lobak' makin laris musim PKP
SHAH ALAM - Pelbagai kesulitan yang dihadapi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak mematahkan semangat pasangan suami isteri dari Shah Alam ini yang mengusahakan perniagaan menjual atau chicken lobak.
Jualan makanan tradisi masyarakat Cina itu yang dilakukan Ameer Satria Md Rodzi, 30 dan Nurul Shareena Azlan Long, 30, menerusi dalam talian semakin laris sejak PKP fasa kedua dilaksanakan sejak 1 April lalu.
Nurul Shareena berkata, perniagaan ini diusahakan mereka sejak awal Januari tahun lalu lagi.
"Kami mula membuat chicken lorbak ini sejak tahun lepas dengan menggunakan resipi sendiri selepas saya berhenti kerja di sebuah syarikat swasta.
"Hidangan ini menggunakan ayam, sengkuang dan dibungkus dengan kulit yang dihasilkan daripada kacang soya," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, ketika ini hasil jualannya meningkat berbanding sebelum PKP dan mereka menggunakan khidmat penghantaran selain ada pelanggan yang datang mengambilnya sendiri.
Nurul Shareena mengakui pelanggan menggemari hidangan chicken lopbak kerana rasanya enak selain boleh dinikmati bersama keluarga.
Sementara itu, Ameer Satria berkata, dia membantu isterinya kerana bercuti tanpa gaji bulan ini.
"Jadi kesempatan ini saya bantu isteri menyediakan Chicken Lobak. Alhamdulillah sedikit sebanyak apa yang kami peroleh ini boleh menjana pendapatan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!