Tiada kematian di Beaufort akibat Covid-19
KOTA KINABALU - Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menafikan satu mesej tular di media sosial yang mendakwa terdapat kematian di Beaufort akibat wabak Covid-19.
Pengarahnya, Datuk Christina Rundi dalam satu kenyataan berkata, maklumat itu tidak benar.
Sebelum ini, tular satu mesej menerusi WhatsApp yang mendakwa terdapat kematian di Beaufort disebabkan wabak Covid-19.
Sementara itu, mengenai perkembangan Covid-19 di Sabah, Dr Christina berkata, sebanyak 10 kes baharu wabak itu dilapor semalam, masing-masing empat kes di Tawau dan Tuaran serta dua kes di Lahad Datu.
"Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negeri ini sebanyak 225 kes setakat semalam," katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!