OPEC 'hancurkan diri sendiri', kata Trump

Donald Trump - Foto Agensi
Donald Trump - Foto Agensi
A
A
A

MOSCOW - Presiden Donald Trump menyatakan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menghancurkan diri sendiri dan beliau sedia mengenakan tarif terhadap import minyak melindungi perniagaan tenaga Amerika.

"Seumur hidup saya menentang OPEC kerana apa sebenarnya? Ia haram, anda boleh gelar ia kartel, anda boleh katakan ia monopoli, tapi ia rosak teruk jadi saya tidak hiraukan OPEC, saya tidak kisah langsung OPEC.

"Mereka memusnahkan diri sendiri," kata Trump semasa taklimat Pasukan Petugas Covid-19 Rumah Putih semalam.

Trump merujuk kepada kedudukan OPEC yang memberikan kelebihan terhadap Rusia dan Arab Saudi dan Saudi sebelum ini menyatakan, perjanjian mungkin dapat dicapai tidak lama lagi bagi mengurangkan pengeluaran minyak sehingga 10 juta tong atau lebih sehari.

Agensi berita Sputnik memetik Trump sebagai berkata, beliau yakin terhadap industri dan perniagaan berkaitan tenaga Amerika.

"Ketika ini, kami adalah pengeluar minyak terbesar dunia. Saya amat yakin terhadap kehebatan perniagaan tenaga kami.

"Kami akan melindungi perniagaan tenaga kami dan andai saya terpaksa melaksanakan tarif ke atas minyak yang datang dari luar atau jika saya terpaksa melakukan sesuatu untuk melindungi ribuan atau puluhan ribu pekerja tenaga dan syarikat hebat ini yang menghasilkan semua kerja-kerja ini, saya akan lakukan apa saja yang boleh saya buat," katanya kepada pemberita.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!