Pekerja Ikea Tebrau positif Covid-19, jualan makanan ditutup

 Perkhidmatan jualan makanan Ikea Tebrau ditutup sementara sehingga diberitahu kelak apabila seorang daripada pekerjanya didapati positif Covid-19.
Perkhidmatan jualan makanan Ikea Tebrau ditutup sementara sehingga diberitahu kelak apabila seorang daripada pekerjanya didapati positif Covid-19.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Perkhidmatan jualan makanan Ikea Tebrau ditutup sementara sehingga diberitahu kelak apabila seorang daripada pekerjanya didapati positif Covid-19.

Dalam satu kenyataan di laman sesawang mereka, Ikea Tebrau memberitahu mereka telah dimaklumkan hasil ujian yang telah diadakan pada 1 April dan telah memberikan kerjasama kepada pegawai dari jabatan kesihatan.

“Kami akan mengambil tindakan mengikut nasihat mereka, kerja membersih dan sanitasi keseluruhan gedung, kawasan dan kemudahan awam akan dilakukan, mengikut garis panduan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” menurut kenyataan tersebut.

Ikea Tebrau menyatakan semua perkara yang perlu dilakukan juga akan diambil tindakan bagi memastikan keselamatan pelanggan dan pekerja mereka kerana mereka adalah keutamaan pihaknya.

“Kami meminta agar orang ramai untuk mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dan menghindari diri mereka daripada Covid-19,” menurut kenyataan itu dan menambah, gedung itu hanya akan dibuka selepas menerima kebenaran daripada pihak berkuasa.- Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!