Malaysia terima kit ujian pantas Covid-19 dari Korea Selatan esok

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (dua, kiri) ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (dua, kiri) ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia akan menerima kit pengesanan pantas antigen baharu dari Korea Selatan esok dalam usaha meningkatkan bilangan ujian dan kadar ketepatan setiap ujian Covid-19 yang dijalankan di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kit ujian itu akan membantu menambah kapasiti ujian kes wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Menurutnya, diharap kit ujian itu mampu membantu dengan kadar 80 peratus ketepatan.

"Ketika ini keupayaan makmal seluruh negara adalah 11,500 ujian sehari dan kita mahu meningkatkan tahap ujian Covid-19 di hospital kendalian KKM dan juga makmal lain.

"Dengan kit ujian ini diharapkan dapat mencapai sasaran kita untuk melakukan ujian sehingga 16,500 ujian," katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga menggandakan usaha dengan mengambil pendekatan menempah satu mesin dari China yang boleh melakukan ujian dengan cepat iaitu 5,000 sehari.

"Mesin ini boleh melakukan ujian secara automatik dan lebih cepat, kita anggarkan ujian dapat dibuat 5,000 sehari dengan mesin ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!