PKP: Jual ikan kering secara dalam talian

Siti Nor Hidayatidayu mengambil inisiatif mempelbagaikan produk jualannya dengan menjual ikan kering sepanjang PKP.
Siti Nor Hidayatidayu mengambil inisiatif mempelbagaikan produk jualannya dengan menjual ikan kering sepanjang PKP.
A
A
A

SHAH ALAM – Kebanyakan peniaga sama ada yang meniaga secara dalam talian, peniaga kecil dan penjaja antara golongan yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pertengahan Mac lalu.

Bertitik tolak daripada itu, peniaga dalam talian, Siti Nor Hidayatidayu Razali, 34, mengambil inisiatif mempelbagaikan produk jualannya dengan menjual ikan kering sepanjang PKP.

“Memandangkan dalam tempoh PKP ini pergerakan agak terbatas, saya memilih untuk menjual barangan yang tahan lama dan menjadi permintaan ramai.

“Tambahan pula saya tinggal di Jelawat, Bachok dan saya mengambil ikan kering di Besut yang memang cukup terkenal dengan kawasan pemprosesan keropok dan ikan kering,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, keuntungannya yang diperoleh tidak sebesar mana tetapi perkara yang dilakukan ini lebih kepada membantu memudahkan masyarakat setempat yang tidak dapat bergerak sepanjang PKP.

Katanya, dia melakukan penghantaran di kawasan yang berdekatan seperti Kota Bharu dan Pasir Pekan.

Berkongsi mengenai jumlah modal yang digunakan untuk mendapatkan bekalan ikan kering, Siti Nor Hidayatidayu berkata, modalnya tidak besar dan ikan kering yang diambil daripada pembekal tidaklah dalam kuantiti yang banyak.

“Modal saya hanyalah RM200 dan bekalan ikan kering pun saya ambil dalam 10 hingga 20kg setiap kali ambil.

Artikel Berkaitan:

“Saya akan mempelbagaikan jenis ikan kering yang diambil dan antara jenis ikan kering yang sering mendapat permintaan adalah ikan gelama, ikan layur, ikan cencaru dan ikan aduweh (anak ikan talam),” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!