Bazar Ramadan di Pahang dimuktamad Rabu ini: Exco

Abd Rahim (tengah) mengadakan lawatan ke Pasar Besar Kuantan bagi melihat pematuhan peniaga dan pengunjung bagi mengelak jangkitan Covid-19 di sini hari ini.
Abd Rahim (tengah) mengadakan lawatan ke Pasar Besar Kuantan bagi melihat pematuhan peniaga dan pengunjung bagi mengelak jangkitan Covid-19 di sini hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Keputusan sama ada bazar Ramadan di Pahang akan dibenarkan beroperasi atau ditutup berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19) akan dimuktamadkan Rabu ini.

Exco Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang, Abd Rahim Muda berkata, perkara itu akan dibincang dan diputuskan dalam Mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) pada hari berkenaan.

"Insya-ALLAH pada Rabu ini Mesyuarat Exco Negeri akan buat keputusan sama ada menutup atau membuat bazar Ramadan, tapi apa yang kita lihat negeri-negeri lain mengambil pendekatan untuk tidak membenarkan bazar Ramadan dilaksanakan.

"Jika kerajaan ambil langkah sama (tutup bazar Ramadan) mungkin kita akan mencari beberapa alternatif lain bagi membantu peniaga untuk mendapatkan pendapatan pada bulan Ramadan," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Pasar Besar Kuantan di sini hari ini.

Abd Rahim mengadakan lawatan di Pasar Besar Kuantan di sini hari ini.
Abd Rahim mengadakan lawatan di Pasar Besar Kuantan di sini hari ini.

Jelasnya, antara kaedah yang dirangka akan dilaksanakan kepada peniaga ialah menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan menggunakan kaedah pembayaran tunai semasa serahan (COD).

Sementara itu mengulas mengenai tinjauan hari ini, Abd Rahim berkata, hampir 99 peratus pengunjung dan peniaga di Pasar Besar Kuantan mematuhi arahan yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Katanya, pihaknya berpuas hati dengan langkah keselamatan yang diambil peniaga dan pengunjung dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"Saya juga dapati mereka patuhi syarat dan arahan yang ditetapkan iaitu pasar hanya dibuka bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah hari dan mereka diwajibkan memakai topeng muka serta dihadkan hanya 30 orang dibenarkan masuk pada satu-satu masa.

"Pemantauan dan kawalan yang dibuat oleh MPK berkesan kerana dapat mengawal penjarakkan sosial antara pembeli dan penjual," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!