Gojek rugi RM184, pelanggan 'hadiah' selipar buruk

Mulyono mengalami rugi 700,000 rupiah selepas didakwa ditipu pelanggan.
Mulyono mengalami rugi 700,000 rupiah selepas didakwa ditipu pelanggan.
A
A
A

JAWA TENGAH - Seorang pekerja perkhidmatan teksi motosikal (Gojek) mengalami kerugian 700,000 rupiah (RM184) apabila pelanggannya melarikan diri sebaik tiba di lokasi yang dituju.

Mulyono, 56, dari Banyumas Jawa Tengah kecewa dan sedih kerana didakwa ditipu oleh pelanggan dari Terminal Purwokerto yang memintanya menghantar ke Solo, lapor Tribun News.

Pada awalnya, dia menolak permintaan itu kerana perjalanan ke lokasi itu sangat jauh dari Purwokerto iaitu 230 kilometer namun pelanggan menjanjikan bayaran lumayan iaitu 700,000 rupiah yang membuatkan dia bersetuju.

"Kami berangkat dari terminal jam 2 petang dan tiba di Solo kira-kira jam 7 malam. Perjalanan mengambil masa 5 jam. Sebaik tiba, pelanggan meminta saya menghantarnya di sebuah masjid di daerah Bajarsari.

"Tanpa rasa curiga saya mengikut permintaannya. Dia masuk ke dalam masjid dan selang beberapa minit kemudian seorang lelaki bertanya saya, "buat apa di sini".

"Saya hanya jawab tunggu pelanggan dan lelaki itu menjawab tiada sesiapa di dalam masjid. Saat itu baru saya sedar, saya ditipu," katanya.

Menurut Mulyano, pelanggan itu hanya 'menghadiahkan' selipar buruk yang ditinggalkan di masjid.

Kisah Mulyono tular di laman sosial dan mendapat perhatian rakan-rakan Gojek.

Artikel Berkaitan:

Rakannya membantu dengan mengumpul wang supaya Mulyono dapat pulang ke Purwokerto susulan mengalami kerugian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!