Pengakhiran bagi Tuan Boneka
PADA tahun 1815, Baron de Rothchild pernah berkata, “Aku tidak peduli boneka mana yang duduk di atas tahta. Orang yang mempunyai bekalan wang akan mengawal Empayar dan aku ialah orang yang mempunyai bekalan wang.”
Selepas berakhir krisis yang sedang melanda ini, kemungkinan ungkapan itu menjadi benar atau tidak sama sekali.
Perbelanjaan besar dilakukan beberapa negara dan syarikat yang diperlukan untuk memastikan kelangsungan hidup mereka, akan memberi tekanan kepada sistem wang fiat - tidak pernah terjadi sebelum ini.
Seperti yang dikatakan kolumnis Op-Ed Bloomberg Asia, Anjani Trivedi, persoalannya bukan sama ada mereka akan membayar balik hutang mereka atau tidak, tetapi bagaimana mereka boleh mengakses mata wang fiat apabila tiba masanya dan tanpa mempedulikan kesannya.
Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan jumlah pengangguran akan bertambah kepada seramai 2.4 juta orang, kira-kira 15 peratus daripada tenaga buruh sedia ada.
Jumlah yang sama akan berlaku kepada Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) akibat virus yang melanda ekonomi.
Dan liputan daripada Time Magazine memberi amaran bahawa kesukaran untuk membendung wabak Covid-19 ini boleh mengambil masa sehingga 12-18 bulan untuk para saintis menemukan vaksin.
Dalam erti kata lain, kita mungkin menghadapi krisis ini untuk tempoh masa yang lama.
Berita buruk seperti yang dikhabarkan di atas mungkin benar atau tidak, hanya ramalan semata-mata. Lebih banyak mengenai pendapat daripada fakta, kerana sifat dan krisis yang kita sedang hadapi belum pernah terjadi sebelum ini.
Adakah terdapat sinar daripada krisis ini? Jika kita lihat sedikit jauh daripada krisis yang sedang melanda ini, wang pintar akan kembali ke ruangan hab Teknologi Kewangan (Financial Technology, Fintech) yang semakin berhubung antara satu sama lain untuk menjadi Hab Pintar Fintech.
Hab Fintech ini dapat membantu memulihkan ekonomi dengan membawa masuk ratusan juta orang yang kurang berkemampuan dan yang terpinggir daripada masyarakat ke dalam satu sistem kewangan digital yang baru.
Menurut Bank Dunia, 1.7 bilion orang dewasa masih tidak mempunyai akaun bank. Teknologi digital mempunyai kuasa untuk membuat aliran urus niaga mereka ke landasan baru berasaskan Fintech ini.
Dengan integrasi ke dalam hab Fintech, penggunaan teknologi lejar 'blockchain' dapat memastikan pengguna dapat mengawal maklumat dan data mereka tanpa diambil gergasi teknologi globa yang akhirnya memberi kerajaan dan rakyat ke atas pemilikan maklumat digital direka mereka dan nilai ekonomi diperoleh hasil daripada teknologi ini.
Dalam dunia digital yang baru ini, maklumat dan data asas disimpan untuk dinilai termasuk kelajuan, fleksibiliti, dan kebolehpercayaan yang penting untuk berinteraksi antara satu sama lain.
Akhirnya, maklumat dan data akan menjadi wang dengan sendirinya.
Krisis yang sedang dihadapi ini dapat menjadi permulaan akhir kepada suntikan wang daripada sumber tidak diketahui pusat bank global dan dana pembangunan antarabangsa yang digantikan dengan maklumat dan data secara langsung mengeluarkan nilai ekonomi kepada pemberi dan penerima.
Dalam versi Era Informasi ini, dipercepatkan oleh krisis koronavirus, Baron de Rothchild mungkin sedang membuat pusingan terakhir sebelum direkodkan dalam catatan sejarah, sama seperti Empayar British yang pernah dikatakan beliau - matahari tidak pernah terbit.
* Dr Rais Hussin ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar parti
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!