PDT sumbang RM390,000 untuk Tabung Bencana Negeri Johor

Hasni (kiri) menerima replika cek sumbangan PDT untuk Tabung Bencana Negeri Johor yang disampaikan Lukman Abu Bakar di Pejabat Menteri Besar Johor, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor di sini hari ini.
Hasni (kiri) menerima replika cek sumbangan PDT untuk Tabung Bencana Negeri Johor yang disampaikan Lukman Abu Bakar di Pejabat Menteri Besar Johor, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor di sini hari ini.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Permodalan Darul Ta’zim (PDT) menyalurkan sumbangan RM390,000 kepada Tabung Bencana Negeri Johor bagi membantu menangani krisis kesihatan ketika ini akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

Cek sumbangan disampaikan Ketua Eksekutif PDT, Lukman Abu Bakar kepada Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad di pejabat Menteri Besar Johor di Kota Iskandar di sini hari ini.

Menurut Lukman Abu Bakar, sumbangan itu merupakan satu inisiatif di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya dalam membantu golongan yang memerlukan.

"Penularan wabak Covid-19 telah memberi impak yang sangat besar kepada sosioekonomi rakyat termasuk di negeri Johor.

"Selaku anak syarikat kerajaan Johor, PDT mengambil inisiatif untuk bersama-sama membantu menangani krisis akibat wabak ini, malah ia juga selari dengan salah satu nilai teras PDT iaitu rakyat adalah menjadi keutamaan kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, sumbangan tersebut juga diharap dapat meringankan beban golongan yang terjejas terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa kedua pelaksanaannya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!