Warga emas hilang ketika cari akar kayu

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SANDAKAN - Seorang wanita warga emas dilaporkan hilang ketika mencari akar kayu untuk perubatan di Pulau Jambongan, Beluran pada Ahad lepas.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah hari ini, mangsa Jamelia Ungung, 84 dikatakan masuk ke hutan berhampiran Kampung Tandu Batu dan Kampung Hujung di pulau itu kira-kira 2 petang Ahad.

Apabila mangsa tidak pulang ke rumah, kehilangannya dilaporkan oleh keluarganya kepada polis semalam dan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilancarkan, namun gagal menemukan mangsa.

Susulan itu, polis memaklumkan JBPM pukul 5.35 pagi tadi untuk membantu operasi SAR itu.

Sehingga malam ini, mangsa masih belum ditemui. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!