Jentera kerajaan: Kementerian Pertahanan jawab dakwaan Najib

Dua gambar mendakwa Mohamad menggunakan jentera kerajaan ketika berkempen di Cameron Highlands yang tular di laman sosial.
Dua gambar mendakwa Mohamad menggunakan jentera kerajaan ketika berkempen di Cameron Highlands yang tular di laman sosial.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan menafikan menterinya, Mohamad Sabu menggunakan jentera kerajaan ketika menghadiri Hari Penamaan Calon di PRK Cameron Highlands pada 12 Januari lepas.

Malah, dakwaan yang tular dalam media sosial mengatakan Mohamad menggunakan kenderaan rasmi semasa berkempen juga adalah tidak benar sama sekali.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di laman Facebook beliau mengatakan Ahli Parlimen Kota Raja itu menggunakan helikopter kerajaan di Cameron Highlands.

“Dakwaan yang tular di media sosial bahawa Menteri Pertahanan menggunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk berkempen pada PRK Cameron Highlands baru-baru ini, adalah tidak benar sama sekali.

[ ARTIKEL BERKAITAN: 'Mat Sabu tuntut duit minyak dari Kit Siang?', tanya Najib ]

“Gambar pertama yang memaparkan Mohamad yang berlatarbelakangkan helikopter adalah lawatan rasmi beliau sebagai Menteri Pertahanan ke Kem Slim, Cameron Highlands pada Rabu, 9 Januari 2019.

“Beliau telah pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama selepas selesai lawatan,” menurut kenyataan itu.

Dua gambar mendakwa Mohamad menggunakan jentera kerajaan ketika berkempen di Cameron Highlands yang tular di laman sosial.
Dua gambar mendakwa Mohamad menggunakan jentera kerajaan ketika berkempen di Cameron Highlands yang tular di laman sosial.

Artikel Berkaitan:

Tambah kenyataan itu lagi, lawatan rasmi tersebut tiada kena-mengena dengan pilihan raya kerana semua anggota tentera di kem tersebut adalah pengundi di Parlimen Sungai Petani, Kedah dan bukannya di Parlimen Cameron Highlands.

“Manakala gambar kedua yang memaparkan beliau ke penamaan calon PRK Cameron Highland adalah pada hari Sabtu, 12 Januari 2019.

“Menteri telah bertolak ke Cameron Highlands pada 11 Januari dengan menggunakan jalan darat dengan menaiki kenderaan persendirian dan pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai penamaan calon.

“Adalah jelas sekali bahawa kedua-dua gambar tersebut adalah pada hari dan tarikh yang berlainan,” kata kenyataan itu lagi.

Justeru, kementerian meminta agar pihak-pihak tertentu memeriksa terlebih dahulu kesahihan maklumat sebelum menyebarkan perkara yang tidak benar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!