Polis cari mayat hilang

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar.
A
A
A

BAGAN DATUK - Mayat seorang lelaki warga asing dipercayai dibunuh telah hilang di Bagan Parit 4, Sungai Sumun, di sini hari ini.

Mangsa yang belum dikenalpasti identiti itu dilaporkan telah ditolak masuk ke sungai berkenaan selepas terlibat dalam satu pergaduhan sekitar jam 11.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, laporan pergaduhan itu diterima daripada seorang lelaki tempatan pada jam 11.45 pagi.

Menurutnya, pemeriksaan di kawasan berkenaan kemudiannya menemui tompokan darah, cebisan daging serta tulang milik mangsa.

"Suspek berusia 40-an telah ditahan dan siasatan awal mendapati, lelaki itu menyerang dan menetak mangsa menggunakan sebilah parang sebelum menolaknya ke dalam sungai," katanya.

Beliau berkata, operasi mencari mangsa masih dilakukan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang.

Katanya, motif kejadian masih belum dikenalpasti, namun mangsa dan suspek bekerja sebagai nelayan.

"Suspek akan direman esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!