Suntikan Fiskal meningkat kepada RM35 bilion

Zafrul
Zafrul
A
A
A

KUALA LUMPUR- Suntikan fiskal langsung kerajaan bagi merangsang ekonomi negara kini meningkat kepada RM35 bilion susulan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin Tambahan) bernilai RM10 bilion oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata suntikan tersebut akan dibiayai menerusi dana kerajaan serta pinjaman domestik.

“Defisit belanjawan negara sebelum ini diunjurkan lebih kurang 4.0 peratus berikutan (pelaksanaan) Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin).

“Selepas tambahan RM10 bilion untuk Pakej PRIHATIN PKS (Tambahan), (ini bermakna) pakej keseluruhan kini berjumlah RM260 bilion yang akan meningkatkan defisit belanjawan sebanyak 0.7 peratus kepada 4.7 peratus,” katanya dalam temu bual eksklusif di stesen TV3.

Secara keseluruhannya Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN kini berjumlah 18 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Dalam pada itu, lebih dua juta pendaftaran baharu telah diterima bagi permohohan Bantuan PRIHATIN Nasional sejak dibuka pada 1 April lepas.-Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!