Azab penghuni Kuaters Balai Polis Kepong berakhir
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Setelah setahun berdepan masalah sumber air disebabkan kerosakan sistem pam pada tangki air, penghuni satu blok di Kuaters Balai Polis Kepong, di sini kini boleh menarik nafas lega apabila masalah itu akhirnya selesai.
Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, kerja pembaikian dilakukan susulan lawatan yang dibuat pada September tahun lalu, selaras dengan janji kempen PRU yang mana beliau akan memberi perhatian terhadap kebajikan anggota polis.
Menurutnya, pembaikian itu dibuat di bawah peruntukan pejabat Ahli Parlimen Segambut.
"Selama ini penduduk terpaksa menyambungkan paip dari blok bersebelahan ke setiap tingkat untuk mendapatkan sumber air disebabkan masalah yang dihadapi.
"Jadi kini kerja-kerja pembaikian telah siap semalam (kelmarin) menggunakan peruntukan wakil rakyat sebanyak RM12,600.
"Penduduk tidak perlu lagi mengambil air dari blok sebelah," katanya.
Terdahulu beliau turun padang melihat hasil kerja pembaikan sistem pam berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!