Parlimen Britain tolak usul Brexit

Perdana Menteri Britain, Theresa May.
Perdana Menteri Britain, Theresa May.
A
A
A

LONDON - UNITED KINGDOM. Perdana Menteri Britain, Theresa May mengalami kekalahan dalam undian usul Brexit di Parlimen dengan margin besar, semalam.

May sebelum ini menggesa penggubal undang-undang untuk menimbang semula usul itu, tetapi Parlimen kelihatan bertegas untuk menolak perjanjian berkenaan.

Hasil undian petang semalam menyaksikan sebanyak 432 undi menolak usul berkenaan, manakala 202 undi pula menyokongnya.

Kekalahan itu sekali gus menjadi tamparan hebat buat May dan Kabinetnya setelah setelah berbulan-bulan rundingan mengenai perjanjian keluar United Kingdom (UK) daripada Kesatuan Eropah (EU).

Semasa sesi terakhir perbahasan berhubung isu tersebut, May berhujah bahawa perjanjian itu adalah "penting untuk generasi akan datang," dan pilihan lain hanya akan menyebabkan perpecahan dalam kalangan orang awam di Britain.

Keputusan semalam juga memaksa May untuk menangguhkan pengunduran Britain dari EU pada 29 Mac dan membuka pilihan lain termasuk pungutan suara kedua untuk meninggalkan EU tanpa sebarang perjanjian. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!