Kawalan dipertingkatkan di Kampung Chinta Manis
BENTONG - Kawalan keluar masuk di Kampung Chinta Manis di sini dipertingkatkan sejak semalam berikutan beberapa kes positif koronavirus (Covid-19) yang dicatatkan di kampung itu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Yusof Unis berkata, polis berharap penduduk kampung terlibat memberikan kerjasama baik sepanjang tempoh tersebut dan pihak berkuasa akan menghantar bekalan makanan sehingga dimaklumkan.
"Kita hanya perketatkan langkah-langkah pencegahan penularan wabak dengan meningkatkan kawalan keluar masuk selain melakukan pemantauan dari semasa ke semasa di kawasan kampung terbabit," katanya.
Menurutnya, kelonggaran langkah kawalan akan dilakukan selepas polis berpuas hati dengan kepatuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!