PKP: Indeks jenayah menurun 70 peratus
PUTRAJAYA - Indeks jenayah di seluruh negara menunjukkan penurunan sebanyak 70 peratus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sehingga kini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkembangan itu jelas memperlihatkan aspek positif daripada pelaksanaan yang pada asalnya bertujuan untuk memutuskan rantaian penularan wabak koronavirus (Covid-19).
"Kepada rakyat yang beri komen di media sosial yang nyatakan kebimbangan rumah mereka yang ditinggalkan kosong (bimbang jadi mangsa pecah rumah).
"Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa selama PKP dilaksanakan indeks jenayah menurun," pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!