Di mana ibu kandung Muhammad Firas Hakim?
SEGAMAT - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Segamat meminta orang ramai mengesan seorang wanita dipercayai warganegara Indonesia bagi memudahkan proses penjagaan anak kandung.
Pegawai JKM daerah, Rusyidatul Mat Yaacob berkata, wanita dikenali Kusrayati @ Ani Rakob yang didakwa menetap di Ladang Bukit Rokan, Gemas, Negeri Sembilan itu diminta hadir bagi menyempurnakan urusan anaknya, Muhammad Firas Hakim Abdullah, 5.
Menurut Rusyidatul, Muhammad Firas Hakim sebelum ini dijaga oleh seorang penjaga sejak 2013 selepas kanak-kanak itu ditinggalkan di Hospital Segamat oleh Kusrayati.
"Sebaik ditinggalkan, Muhammad Firas Hakim kemudiannya diserahkan kpd Orang Yang Layak Dan Sesuai (OYLS) melalui Perintah Mahkamah Bagi Kanak-kanak Segamat pada September 2013.
"Bagaimanapun, OYLS yang menjaga kanak-kanak ini telah menyerahkannya kepada JKM pada hari ini (semalam) kerana masalah kesihatan strok," katanya dalam kenyataan.
Rusyidatul berkata, justeru, JKM telah mendapatkan perintah Mahkamah Majistret Segamat, semalam dan kanak-kanak berkenaan kini bawah jagaan JKM sehingga Mahkamah Bagi Kanak-kanak Segamat bersidang pada Februari nanti.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!