Afrika digugur lokasi ujian Covid-19: WHO

WHO menegaskan Afrika tidak akan menjadi lokasi tapak ujian vaksin koronavirus (Covid-19).
WHO menegaskan Afrika tidak akan menjadi lokasi tapak ujian vaksin koronavirus (Covid-19).
A
A
A

GENEVA - Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus semalam berkata, Afrika tidak akan menjadi lokasi tapak ujian vaksin koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Xinhua.

"Afrika tidak boleh dan tidak akan menjadi tempat ujian terhadap sebarang vaksin. Kami akan mengikuti semua peraturan untuk menguji sebarang pelalian atau terapeutik di seluruh dunia menggunakan peraturan yang betul-betul sama, baik di Eropah, Afrika atau mana jua," katanya pada taklimat secara maya di Geneva.

Terkejut dengan kenyataan sesetengah ahli sains minggu lalu yang menyatakan tapak ujian untuk vaksin baharu termasuk Afrika, Tedros berkata, 'mentaliti daripada penjajahan perlu dihentikan'.

"Dua doktor Perancis dituduh mengamalkan sentimen perkauman selepas satu debat televisyen selepas seorang daripadanya mencadangkan ujian di Afrika untuk melihat sama ada vaksin batuk kering boleh membuktikan keberkesanan terhadap Covid-19," menurut laporan media.

Sambil mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan berbaur perkauman, ketua WHO itu mengulangi bahawa 'perkara ini tidak akan berlaku di Afrika dan tidak akan berlaku mana-mana negara'.

"Protokol yang sempurna akan diikuti sepenuhnya dan manusia akan dilayan seperti manusia secara saksama," katanya.

Tedros mendedahkan WHO berharap akan mengumumkan inisiatif bagi mempercepatkan penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran vaksin Covid-19 serta mekanisme pengedaran secara berkesan pelalian berkenaan pada minggu depan.

Menurut ketua WHO itu, lebih 70 negara menyertai Ujian Perpaduan WHO untuk mempercepatkan usaha mencari rawatan yang berkesan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, kira-kira 20 institusi dan syarikat berlumba untuk membangunkan vaksin. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!