Tembakan Israel cederakan 20 rakyat Palestin
Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qedra berkata, kesemua mangsa ditembak di timur Gaza.
Gaza telah berada di bawah pengepungan Israel sejak Jun 2007, menyebabkan penurunan taraf hidup serta pengangguran dan kemiskinan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Ia juga menyaksikan gelombang baru ketegangan sejak 30 Mac, yang menandakan permulaan protes 'perarakan kepulangan besar-besaran'.
Hampir 240 orang terbunuh manakala lebih 22,000 lagi mengalami kecederaan ditembak tentera Israel. - Press TV
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!