Zon oren: Polis tingkat penguatkuasaan PKP di Dungun

DATUK ROSLEE CHIK
DATUK ROSLEE CHIK
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu akan mempertingkatkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Dungun susulan pertambahan kes positif koronavirus (Covid-19) di daerah itu.

Sehingga awal pagi tadi, Dungun dikategorikan zon oren, dengan mencatatkan 27 kes positif manakala Besut yang turut berada dalam zon oren merekodkan 30 kes positif Covid-19.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, pihaknya kini terus memantau perkembangan semasa memandangkan banyak kes baharu dicatatkan di Dungun.

"Kita akan memperketatkan lagi PKP khususnya di kawasan kampung dan taman perumahan selain menambah lebih banyak sekatan jalan raya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Statistik terkini Covid-19 di Terengganu
Statistik terkini Covid-19 di Terengganu

Sementara itu, Roslee berkata, beliau berpuas hati dengan pematuhan PKP dalam kalangan rakyat di negeri ini yang mencapai 97 peratus.

Jelasnya, jumlah tangkapan mereka yang ingkar juga berkurangan menunjukkan rakyat semakin sedar kesan Covid-19.

"Sehingga kini sebanyak 167 tangkapan dilakukan dengan 13 tangkapan semalam, melibatkan semua daerah kecuali Hulu Terengganu.

Artikel Berkaitan:

"Daripada jumlah itu, lebih 80 orang sudah dituduh di mahkamah, ada yang dikenakan denda dan ada yang dipenjarakan kerana melanggar arahan PKP," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!