Tujuh bandar Jepun diisytihar darurat sebulan
TOKYO - Perdana Menteri Shinzo Abe hari ini mengumumkan darurat selama sebulan di tujuh bandar raya di Jepun susulan penularan Covid-19, lapor agensi berita Sputnik.
Menurut Abe, darurat dikuatkuasakan di Tokyo, Osaka, Kanagawa, Saitama, Chiba, Hyogo dan Fukuoka.
Jepun setakat ini mengesahkan 4,845 kes Covid-19 dengan angka kematian mencecah 108 orang. Seramai 1,211 pesakit sembuh. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!