Ke sana ke sini, PM tahu apa anda buat

Video dari Sabsaty HQ.
Video dari Sabsaty HQ.
A
A
A

SHAH ALAM - Sangat mencuit hati apabila Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berseloroh kepada rakyat melalui ucapannya ketika Perutusan Khas Pakej Prihatin PKS (tambahan) semalam.

Melalui video kiriman Facebook Salsabty HQ, PM ketika itu menyebut mengenai beberapa gelagat rakyatnya sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

“Saya tahu, ada suami memakai baju kelawar isteri mereka. Ada yang mengayuh basikal di dalam rumah,” katanya.

Bagaimanapun paling menghiburkan netizen apabila video berkenaan turut memaparkan gelagat seorang lelaki menari ala rappers selepas PM berseloroh mengenai individu yang mengubah ucapannya menjadi lagu rap.

“Ada juga yang mengubah ucapan saya menjadi lagu rap. Saya harap ini bukanlah kejadian yang pelik, atau buang tabiat kata orang.

“Ini adalah sebahagian daripada aktiviti anda semua untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah,” tambahnya.

Netizen menyifatkan PM peka dengan gelagat rakyat Malaysia yang tular sepanjang berada di rumah.

Ramai yang terhibur dengan ‘gurauan’ PM dengan meninggalkan komen pada video berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Memang sempoi la PM kita, terbaik,” tulis Facebook Zahra Aisya di ruangan komen.

“Hahaha terbaiklah PM kita, faham akan rakyat. Terima kasih Perdana Menteri Malaysia ke-8,” tambah Pok Ku.

Pengguna Facebook Deena Chandramohan turut meninggalkan komen, "PM kelihatan comel."

Video berdurasi 1 minit 5 saat tersebut meraih 2,100 tanda suka, 4,200 perkongsian dan 418 komen dalam masa kurang dari 24 jam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!