KPJ Johor tawar ujian Covid-19 pandu lalu

Kakitangan Hospital Pakar KPJ Johor melakukan ujian saringan Covid-19 secara pandu lalu di pekarangan jabatan kecemasan hospital berkenaan di Larkin, Johor Bahru hari ini.
Kakitangan Hospital Pakar KPJ Johor melakukan ujian saringan Covid-19 secara pandu lalu di pekarangan jabatan kecemasan hospital berkenaan di Larkin, Johor Bahru hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Hospital Pakar KPJ Johor kini menyediakan perkhidmatan ujian saringan koronavirus (Covid-19) secara pandu lalu bagi memudahkan orang ramai melakukan saringan kesihatan dengan cepat dan berkesan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Azhar Abdullah berkata, ujian pandu lalu hanya mengambil masa sekitar lapan hingga 10 minit untuk menguji setiap pesakit menerusi laluan itu dengan keputusan siap dalam masa 48 jam.

Menurutnya, mereka yang mengikuti ujian di laluan berkenaan akan menjalani pemeriksaan hidung dan tekak sebelum diberikan perundingan dan akan menjawab pertanyaan daripada pihak hospital berkenaan.

"Ujian pandu lalu ini beroperasi pada Isnin hingga Jumaat bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang manakala Sabtu pula dari 8.30 pagi hingga 1 petang sementara Ahad dan cuti umum tidak beroperasi.

"Mereka yang ingin mendapat perkhidmatan ujian saringan ini boleh secara terus hadir ke My Screening Place bertempat di Jabatan Kecemasan hospital ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, perkhidmatan itu bertujuan menyokong saranan Kementerian Kesihatan bagi menggalakkan orang ramai melakukan saringan termasuk mereka yang mempunyai simptom.

"Matlamat pandu lalu ini adalah untuk mengurangkan kontak dengan orang lain seterusnya meminimumkan penyebaran wabak Covid-19," katanya.

Katanya, saringan pemeriksaan dilaksanakan melalui tempahan temu janji menerusi aplikasi WhatsApp pada talian 013-2262692.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!