KKMM nafi tiga berita palsu
PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengesahkan tiga berita yang sedang tular di media sosial membabitkan wabak koronavirus (Covid-19) adalah palsu.
Pasukan Respon Pantas KKMM dalam kenyataannya hari ini menjelaskan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menafikan dakwaan melalui dua rakaman nota suara yang memaklumkan penutupan semua premis pasar raya, kedai runcit dan kedai makan.
"Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) menafikan dakwaan pihaknya pernah mengeluarkan sebarang arahan penutupan pasar awam, Pasar Tasek Raja, Kelantan bermula 1 April 2020 bagi mencegah penularan wabak Covid-19," katanya.
Dalam pada itu, Pasaraya Farley Kota Samarahan, Sarawak turut menafikan dakwaan seorang daripada pekerja pasar raya berkenaan positif Covid-19.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!