Lelaki kantoi bawa dadah, senjata

Polis menemui senjata pisau dan besi susulan penahan seorang lelaki semasa sekatan jalan raya di Persiaran Surian, Damansara, di sini, semalam.
Polis menemui senjata pisau dan besi susulan penahan seorang lelaki semasa sekatan jalan raya di Persiaran Surian, Damansara, di sini, semalam.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki gagal melepasi pemeriksaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Persiaran Surian, Damansara di sini, semalam kerana didapati memiliki dua paket dadah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berusia 21 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 itu ditahan kira-kira jam 8 malam selepas polis menemui sebilah pisau yang diselit di belakang badannya.

Katanya, pemeriksaan lanjut menemui dua paket plastik lut sinar disyaki berisi dadah jenis syabu di dalam dalam poket baju.

"Satu besi panjang yang diletakkan di motosikal suspek juga telah dirampas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952.

Selain itu, polis turut menahan tujuh lagi individu berusia 20-an hingga 30-an termasuk empat warga asing semalam melalui sekatan jalan raya dan rondaan di sekitar daerah Petaling Jaya.

Katanya, kesemua mereka yang berasal dari Sierra Leonean, Indonesia serta Myanmar itu gagal memberi alasan munasabah mengenai pergerakan mereka serta dikesan sedang berkumpul dan minum arak.

Selain itu, katanya polis hari ini juga menahan seorang lelaki tempatan di Taman Seri Subang, kerana melarikan diri ketika diminta memberhentikan motosikalnya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kesemua sembilan tangkapan ini akan disiasat mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

"Polis mengingatkan orang ramai supaya mematuhi PKP yang telah memasuki fasa kedua. Sekiranya anda gagal patuh perintah ini, anda boleh ditangkap dan didakwa di mahkamah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!