Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Kesihatan Sedunia 2020
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menyampaikan ucapan selamat menyambut Hari Kesihatan Sedunia 2020 kepada semua wira dan wirawati petugas kesihatan barisan hadapan di Malaysia.
Seri Paduka berdua turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua petugas kesihatan atas komitmen dan ketabahan menjalankan tanggungjawab dalam membendung pandemik koronavirus (Covid-19).
Seri Paduka berdua bertitah sedemikian melalui hantaran pada akaun Instagram Istana Negara.
Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!