Covid-19: Korea Selatan gantung sementara pengecualian visa

Sejak 1 April, Korea Selatan mengenakan kuarantin mandatori dua minggu untuk semua ketibaan antarabangsa.
Sejak 1 April, Korea Selatan mengenakan kuarantin mandatori dua minggu untuk semua ketibaan antarabangsa.
A
A
A

SEOUL - Korea Selatan menggantung sementara program tanpa visa dan pengecualian visa dengan negara yang mengenakan sekatan kemasukan ke atas warga negara itu untuk membendung penularan kes import koronavirus (Covid-19), kata Perdana Menteri hari ini.

Perdana Menteri, Chung Sye-kyun berkata, kerajaan akan memperluaskan sekatan kemasukan terhadap warga asing yang tidak mempunyai urusan penting.

"Walaupun mengekalkan keterbukaan, kerajaan akan ketatkan sekatan (kemasukan) selaras dengan sifat timbal balik," katanya.

Langkah lebih ketat itu diambil berikutan peningkatan kes import baharu.

Sebanyak 148 negara, termasuk 41 negara Eropah dan 36 di Asia dan Pasifik, mengenakan larangan masuk ke atas rakyat Korea Selatan.

Langkah kerajaan Korea Selatan itu dikuatkuasa kepada 88 negara.

Korea Selatan mengadakan program tanpa visa dengan 34 negara seperti Australia dan Kanada dan mengadakan perjanjian pengecualian visa dengan 54 negara, seperti Perancis, Rusia dan Thailand.

Sejak 1 April, Korea Selatan mengenakan kuarantin mandatori dua minggu untuk semua ketibaan antarabangsa.

Artikel Berkaitan:

Korea Selatan hari ini melaporkan 53 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan 10,384.

Daripada jumlah jangkitan baharu itu, sebanyak 24 atau 45 peratus merupakan kes import. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!