Gempa 6.4 skala Richter melanda kepulauan Vanuatu

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Kepulauan Vanuatu kira-kira 2.06 pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan, pusat gempa itu terletak 13.3 darjah Selatan dan 166.7 darjah Timur dan 304 kilometer (km) dari Lata, Kepulauan Solomon.

Sementara itu, gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina kira-kira 4.03 pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gegaran terletak 171km Tenggara dari Davao, Filipina.

Bagaimanapun, kedua-dua gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!