Covid-19: Lebih 450,000 orang di Indonesia jalani ‘rapid test’

 Lebih 450,000 orang di Indonesia telah menjalani ‘rapid test’ setakat ini sebagai satu usaha pemerintah Indonesia melakukan pengesanan awal jangkitan virus koronavirus (Covid-19).
Lebih 450,000 orang di Indonesia telah menjalani ‘rapid test’ setakat ini sebagai satu usaha pemerintah Indonesia melakukan pengesanan awal jangkitan virus koronavirus (Covid-19).
A
A
A

JAKARTA- Lebih 450,000 orang di Indonesia telah menjalani ‘rapid test’ setakat ini sebagai satu usaha pemerintah Indonesia melakukan pengesanan awal jangkitan virus koronavirus (Covid-19).

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, ia selaras dengan arahan Presiden Joko Widodo pada 20 Mac lepas yang mahukan rapid test dilaksanakan secara massa, menerusi pemeriksaan sampel darah.

Namun bagi Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, Doni Monardo, ujian itu bukanlah kaedah terbaik dalam mengesan virus itu, tetapi lebih kepada pengesanan awal sekiranya seseorang mempunyai sindrom tidak sihat, yang berkemungkinan dijangkiti Covid-19.

"Terdapat keputusan rapid test yang negatif, namun apabila menjalani pemeriksaan sampel lendir hidung atau tekak (PCR: Polymerase Chain Reaction), individu terbabit didapati positif Covid-19," katanya.

Achmad Yurianto berkata fokus sebelum ini adalah rapid test kerana kos pemeriksaaan menerusi kaedah itu tidak terlalu mahal, namun pemerintah Indonesia kini juga melakukan PCR yang setakat hari ini melibatkan 15,000 orang.

Pada sidang media hariannya hari ini, Achmad Yutianto berkata, sebanyak 218 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes positif kini berjumlah 2,956 kes, manakala sejak 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 19 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kini 240 orang.

Pada hari ini, sebanyak 750 wartawan di Indonesia yang mendaftar bagi menjalani rapid test, turut menjalani pemeriksaan sampel darah yang diadakan di Kementerian Komunikasi dan Informatika.

Achmad Yurianto sebelum ini menyatakan lebih 600,000 penduduk Indonesia berisiko dijangkiti virus itu.-Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!