Bekalan PPE mencukupi di hospital

Beberapa petugas KKM keluar dari Menara City One semasa proses pengambilan data penghuni ketika tinjauan hari ini. - Foto Bernama
Beberapa petugas KKM keluar dari Menara City One semasa proses pengambilan data penghuni ketika tinjauan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan peralatan perlindungan diri (PPE) di hospital untuk petugas barisan hadapan mencukupi buat masa ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya tidak mengharapkan pengimportan PPE memandangkan pelbagai pihak telah menyumbang kepada KKM termasuk industri fesyen dan Jabatan Penjara.

"Stok untuk penutup hidung dan mulut, PPE dan sebagainya mencukupi tetapi kita ada kekangan lepas (sebelum ini) dari segi penghantaran dan pengagihan kepada negeri-negeri lain. Isu itu sudah diselesaikan.

"Tiada masalah dari segi stok yang diperlukan, tetapi kita sedar penggunaan PPE meningkat dua hingga tiga kali (ganda)," katanya dalam sidang media harian perkembangan Covid-19 di sini hari ini.

Beliau turut memuji usaha warga KKM yang berinovasi dalam penghasilan alat pelindung diri yang boleh membantu Malaysia dari segi tidak perlu mengimport peralatan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!