Covid-19: 400 juta pekerja di India dijangka bertambah miskin

 Pandemik koronavirus (Covid-19) mungkin menyaksikan 400 juta pekerja India menjadi lebih miskin- FOTO: AP
Pandemik koronavirus (Covid-19) mungkin menyaksikan 400 juta pekerja India menjadi lebih miskin- FOTO: AP
A
A
A

NEW DELHI- Pandemik koronavirus (Covid-19) mungkin menyaksikan 400 juta pekerja India menjadi lebih miskin, menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Negara seperti India, Brazil dan Nigeria mungkin berdepan kadar kehilangan kerja yang serius dalam sektor tidak rasmi, menurut laporan Pertubuhan Buruh Antarabangsa PBB (ILO).

"Di India, dengan hampir 90 peratus rakyat bekerja dalam ekonomi tidak rasmi, kira-kira 400 juta pekerja dalam sektor itu berdepan menjadi lebih miskin ketika krisis ini," menurut laporan itu, sambil menyifatkan pandemik Covid-19 sebagai 'krisis global terburuk' sejak Perang Dunia Kedua.

"Perintah lockdown ketika ini di India yang berada di tangga teratas Indeks Tindakan Ketat Covid-19 Kerajaan, Universiti Oxford memberi kesan buruk terhadap pekerja ini, memaksa kebanyakan mereka kembali ke pedalaman,” kata ILO pada Selasa.

Dianggarkan lebih dua bilion orang bekerja dalam sektor tidak rasmi di seluruh dunia.

Langkah perintah kawalan pergerakan ketat atau sebahagian, kini menjejaskan 2.7 bilion pekerja mewakili 81 peratus tenaga kerja global.

Dianggarkan 1.25 bilion pekerja kini menganggur dalam sektor seperti runcit, hotel dan perkhidmatan makanan manakala sektor pembuatan mengalami penurunan jumlah pengeluaran yang amat ketara, menurut ILO. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!