'Kita harus sama-sama kuat pak!'

Facebook Datuk Dr Zulkifli tarik perhatian netizen.
Facebook Datuk Dr Zulkifli tarik perhatian netizen.
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Kita harus sama-sama kuat Pak! Doa, solat dan munajat harus diteruskan," itu antara pesanan dan nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kepada warga Indonesia ketika menyampaikan bantuan kepada mereka.

Beliau menyantuni seramai 142 ahli keluarga yang kebanyakan bekerja sebagai buruh kasar selepas mereka mereka putus sumber pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

"Saya berharap dengan bantuan barangan asas berjumlah RM8,000 dan makanan ready to eat yang disumbangkan dapat meringankan sedikit beban mereka," tulis Dr Zulkifli di Facebooknya hari ini.

Zulkifli turut memuat naik beberapa gambar yang memaparkan kehidupan warga Indonesia yang serba kekurangan dan membina rumah di ladang kelapa sawit.

"Terima kasih Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Datuk Muhammad Chan atas usaha ini." katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen kerana ketika wabak koronavirus semua lapisan masyarakat perlu dibantu.

"Tahniah dato', tindakan membantu semua masyarakat yang ada di Malaysia amatlah bermakna, tak kira siapa mereka sama ada warga atau bukan sebab semua insan perlu dibantu dalam keadaan gawat ini hatta haiwan pun kita kena bantu, teruskan usaha yang murni ini." kata Abu Yazid di ruangan komen.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!