Covid-19: Kuantan daerah terbaharu diisytihar zon merah

No Image Caption
A
A
A

Jumlah pecahan kes mengikut negeri dan daerah setakat jam 12 tengah hari semalam.
Jumlah pecahan kes mengikut negeri dan daerah setakat jam 12 tengah hari semalam.



PUTRAJAYA - Berbaki lima hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir, kini daerah Kuantan di Pahang diisytiharkan sebagai zon merah apabila kes positif koronavirus (Covid-19) meningkat kepada 43 kes di kawasan itu.

Ini menjadikan Kuantan daerah kedua di negeri itu selepas Jerantut yang diletakkan di bawah kategori tersebut.

Menerusi data dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan semalam, sebanyak 24 lokasi zon merah direkodkan di seluruh negara.

Melalui data tersebut, Lembah Pantai kekal mencatatkan zon merah tertinggi dengan 417 kes berbanding hari sebelumnya, 412.

Ia diikuti dengan Hulu Langat (345 kes), Petaling (305 kes) dan Kuching (192 kes).

Setakat ini, sebanyak 4,119 kes positif direkodkan dengan 1,487 daripadanya telah pulih.

Sebanyak 75 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 65 meningga dunia akibat wabak itu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!