Lagi berita palsu tular
PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengesahkan dua berita yang tular di media sosial membabitkan wabak koronavirus (Covid-19) adalah palsu.
Pasukan Respon Pantas KKMM dalam kenyataannya hari ini menjelaskan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan tentang penutupan jalan melibatkan hampir seluruh laluan utama ke bandar Kota Bharu, Kelantan yang hanya boleh dilalui pada jam 8 pagi sehingga 1 petang susulan Kota Bharu diisytihar sebagai zon merah Covid-19.
MKN juga menafikan dakwaan bahawa dengan mengagihkan topeng muka yang diletakkan bahan kimia, perompak yang berlagak sebagai wakil kerajaan tempatan akan bertindak setelah penghuni yang mereka lawati jatuh pengsan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!